![]() |
|
10A dalam SPM lepas guna Minyak Anugerah Kasturi…Sebelum peperiksaan akhir semester lalu, saya sukar menumpukan perhatian dalam kuliah. Hati seperti tidak tenteram kerana banyak tugasan perlu disiapkan. Fikiran buntu dan kadangkala macam putus asa mengulang kaji pelajaran dan gagal memberi fokus terhadap subjek yang diulang kaji. Ketika menyiapkan tugasan kuliah, saya mengantuk sehingga banyak kerja tertangguh. Apabila tiba peperiksaan akhir, saya jadi buntu dan tidak ingat apa-apa. Semester lalu, rakan kuliah memperkenalkan Minyak Anugerah Kasturi. Sebelum mula kuliah dan mengulang kaji, saya sapukan minyak ini serta selawat dan niat memudahkan segala tugasan. Selepas sebulan, prestasi saya meningkat dan mendapat keputusan cemerlang pada semester, baru-baru ini. Alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat minyak anugerah ini, saya kini lebih fokus dan berjaya. Edzwan Haziq, 20, Ipoh, Perak |
|
Bertemu Jodoh Juga Akhirnya……Syukur ke hadrat Ilahi kerana setelah lebih kurang 3 bulan menggunakan Minyak Anugerah Untuk Menaikkan Seri dan Pemanis Wajah, saya telah dipertemukan jodoh dan bakal diijabkabulkan pada tahun ini. Saya pernah melihat paparan mengenai Minyak Kasturi Anugerah di surat khabar tetapi belum pernah mencubanya. Terima kasih juga kepada rakan baik saya yang telah menemukan Minyak Anugerah ini kepada saya. Katanya, minyak ini telah didoakan dengan kalimah-kalimah al-Quran serta doa-doa pilihan dan ini membuatkan saya lebih yakin untuk menggunakannya. Beserta selawat dan niat, saya sapukan minyak ini di pergelangan tangan dan kedua-dua kening setiap kali selepas solat dan sebelum ke tempat kerja.Saya amalkan Minyak Anugerah ini setiap hari dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar segala yang dihajati akan termakbul. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan amalan Minyak Anugerah ini, saya bakal mendirikan rumahtangga bersama pasangan saya tidak lama lagi. Saya percaya di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang mempertemukan jodoh. Alhamdullilah doa saya kepada Allah diberkati. Saya berazam untuk menjadi suami yang baik dan bertanggungjawap tidak lama lagi. Insya Allah. Mohd Noor Azizi, 29 tahun. Kuantan, Pahang |
|
"Alhamdulillah, saya berjaya mengatasi angkara sihir yang meruntuhkan rumahtangga kami..."…Sejak beberapa bulan yang lepas, hubungan saya dan suami sentiasa tegang. Pantang tersilap sikit walaupun disebabkan hal kecil, suami saya pasti melenting. Hampir setiap hari saya berendam air mata kerana sikap suami terhadap saya yang keterlaluan. Saya sering tertanya-tanya apakah sebenarnya salah dan silap saya? Malah yang paling saya terkilan ialah apabila suami sendiri menyatakan yang dia benci melihat wajah saya. Sedih sangat hanya Tuhan yang tahu, apabila mendengar suami kesayangan mengatakan sebegitu pada saya. Sejak itu, saya tidak berani untuk berada dekat dengan suami apatah lagi untuk berbicara dengannya.Sebelum ini saya selalu terbaca paparan mengenai keberkesanan Minyak Kasturi Anugerah di akhbar, namun tak pernah terlintas untuk mencubanya. Entah mengapa tergerak hati saya untuk mencuba dan saya mendapatkan minyak ini melalui pengedar yang berdekatan. Dengan selawat dan niat, saya sapukan sedikit minyak ini di wajah saya, setiap kali selepas solat. Kali pertama saya menggunakan minyak ini, saya dapati hasilnya cukup berkesan. Suami saya mula menegur saya. Berbeza sangat dengan hari-hari sebelum ini kerana beliau selalu bersikap dingin terhadap saya. Saya amat kagum dengan kehebatan mukjizat ayat-ayat al-Quran yang telah dibacakan pada minyak ini yang telah mengembalikan keharmonian rumahtangga saya yang telah retak. Selepas seminggu menggunakan minyak kasturi ini, barulah saya tahu yang suami saya telah disihir oleh seseorang agar rumahtangga kami hancur. Syukur Alhamdulillah, kini rumahtangga saya kembali aman dan bahagia. Puan Asmidar, 25 tahun.Jertih, Terengganu. |
|
Ilmu hitam jadi pengukur siapa kawan siapa lawan…Saya memulakan peniagaan bersama seorang rakan saya dan hubungan kami baik sehinggalah berlakunya satu perselisihan faham antara kami yang menyebabkan saya menderita. Kira-kira 3 minggu selepas insiden tersebut, seluruh badan saya akan terasa seram sejuk dan bisa-bisa ‘menangkap’ seluruh badan setiap kali menjelang Maghrib. Yang paling merimaskan saya apabila timbul pulagelembung-gelembung air bisa di seluruh badan saya, saya tengok sendiri pun dah jijik, inikan pula orang lain. Saya terpaksa memakai baju lengan panjang setiap kali keluar rumah kerana malu kalau ada orang luar nampak. Gelembung-gelembung ini sungguh berbisa dan pedih, dan paling memeritkan apabila terkena air mandi dan ketika hendak tidur. Bila pergi berjumpa doktor, beliau mengesahkan saya hanya mengalami demam biasa dan gelembung air pada seluruh badan saya hanyalah jangkitan kulit. Tetapi kalau betul ianya demam biasa dan jangkitan kulit, takkan berlarutan sehingga sebulan lebih lamanya. Kerana melihatkan keadaan diri saya yang tidak pulih, rakan serumah saya mengesyorkan agar saya mendapatkan rawatan perubatan Islam.Tambahan pula, jiran saya ada menegur wajah saya yang katanya kelihatan pucat seperti orang sakit dan apabila saya menceritakan tentang segala sakit dan demam yang saya alami selama ini, beliau terus memperkenalkan Air Anugerah dan Minyak Kasturi Anugerah untuk menyingkirkan sihir. Katanya, air dan minyak ini telah dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran, cubalah mana tahu dapat membantu masalah saya ini. Pada masa yang sama juga, saya turut mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam. Menurut ustaz yang merawat saya, rupa-rupanya ada seseorang telah mengenakan sihir ke atas saya agar saya tak dapat bekerja dan sukar menjalani kehidupan harian. Tambah Ustaz juga, orang yang menghantar sihir itu adalah seseorang yang baru mempunyai sedikit selisih faham dengan saya dan berniat untuk menghancurkan perniagaan saya. MasyaAllah, tak pernah saya menyangka, kerana benda yang kecil, sanggup ‘rakan saya’ itu menghantar sihir kepada saya. Kali pertama saya minum Air Anugerah ini, saya terus pening kepala. Saya juga menyapu Minyak Kasturi Anugerah pada gelembung-gelembung air di seluruh badan saya. MasyaAllah, kira-kira dua bulan selepas mengamalkan Air Anugerah dan Minyak Kasturi Anugerah ini, saya dapati perubahan yang menakjubkan sekali. Hilang terus demam, pening kepala dan sebagainya. Segalagelembung-gelembung air bisa juga mulai kering dan beransur pulih. Dengan izin Allah SWT, segalanya telah kembali seperti biasa dan saya dapat menunaikan solat dengan sempurna. Syukur Alhamdulillah juga kerana telah diketemukan dengan Air Anugerah dan Minyak Kasturi Anugerah ini. Ahmad Zariff, 27 tahun, Parit Buntar, Perak |
|
Anak Perempuan Dulunya Liar dan Merempit Kini Baik SemulaSaya menulis cerita ini dengan rasa sedih campur gembira. Sedih kerana melihat anak perempuan saya matang sebelum umurnya dan gembira, kerana saya berjaya menangani masalah sosial anak saya ini. Saya ibu tunggal dan masalah saya bermula apabila anak perempuan saya memasuki tingkat 4 tahun lepas, dia mula berubah. Sejak itu anak saya mula melawan cakap saya, balik sekolah lambat, asyik bergayut telefon dan pernah keluar tengah malam tanpa pengetahuan saya. Apa yang paling saya terkejut apabila jiran saya terjumpa beliau di kompleks beli belah bersama sekumpulan lelaki dan berkelakuan tidak senonoh. Saya sungguh malu dan terkilan apabila diri terasa saya gagal mengawal anak saya. Paling merisaukan apabila dia mula bergaul dengan budak-budak muda lepasan sekolah dan merempit. Saya faham dia semakin membesar tetapi punah hati saya melihat dia semakin liar. Dulu PMR dapat keputasan sangat baik, solat tak pernah tinggal, didik agama saya beri sempurna, makan pakai semua saya saya dengan elok. Kini tindak tanduk dia ke arah menjadi liar dan susah dikawal. Pernah sekali pakciknya hampir menempeleng dia kerana menjawab dan meninggikan suara terhadap saya.Saya mengadu kepada jiran saya kerana saya sangat sedih melihat kelakuan anak saya sekarang. Jiran saya yang sudah lama menggunakan Air Anugerah untuk keluarganya menyarankan saya mencuba Minyak Anugerah untuk penerang hati dan anak degil. Pada mula saya suruh anak saya pakai, macam-macam alasan yang dia berikan. Jadi saya ambil keputusan menitikkan minyak ini di dalam kolah air mandi. Ketika seterika baju sekolah, saya calitkan sedikit pada tudungnya. Semasa dia tidur saya calitkan juga sedikit di ubun-ubunnya. Siang malam saya berdoa kepada Allah. Alhamdulillah selepas seminggu lebih saya mula melihat kelainan dalam diri anak saya. Dia lebih banyak duduk di rumah, dia nampak lebih tenang dan yang paling saya gembira dia tidak lagi melawan cakap saya. Kini dia kembali bersolat semula. Malah sekarang dia sendiri yang menggunakan minyak ini sebelum ke sekolah tanpa disuruh. Saya memang percaya terdapat ayat-ayat Quran untuk lembutkan hati anak tetapi saya tidak pasti yang mana satu ayat harus saya jadikan amalan. Walau bagaimanapun saya menadah tangan syukur kepada Allah kerana mengembalikan anak saya seperti dulu dan terima kasih sangat kepada Minyak Anugerah ini. Khatijah Abu Seman, 45 tahun, Bukit Mertajam, Penang. |
|
Pendarahan berhenti dan suami kembali sayang…“Baru setahun saya mendirikan rumahtangga dan masih belum mempunyai zuriat. Tetapi walaupun hanya masa yang singkat ini telah timbul konflik di dalam hubungan kelamin kami. Ianya bermula apabila saya terasa perit di bahagian abdomen dan berlaku pendarahan seperti haid setiap kali kami bersama. Keadaan ini membuatkan suami saya ‘fed-up’ dan hubungan kami ternyata terganggu. Sebagai isteri saya sangat risau sekiranya perkara ini membuatkan rumahtangga kami goyang.Saya berkongsi masalah saya ini dengan rakan sepejabat dengan harapan mereka dapat membantu. Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan saya, rupa-rupanya salah seorang rakan sepejabat pernah mengalami masalah yang sama. Beliau mengamalkan penggunaan Minyak Anugerah untuk keharmonian rumahtangganya. Setelah dia menggunakan minyak ini masalah pendarahannya hilang secara tiba-tiba. Mengikuti nasihat beliau saya pun turut mencuba Minyak Anugerah ini. Setiap hari saya sapu sedikit minyak ini di kedua-dua kening, cuping telinga dan dada sambil membaca Al-Fatihah dan selawat sebanyak tiga kali. Selepas 3 minggu mengamalkan minyak ini, saya dapati ada perubahan yang agak ketara. Pendarahan saya terhenti dan ianya bagaikan penyelamat rumahtangga kami. Suami saya menjadi lebih penyayang dan bila bersama suami. Syukur, Alhamdulillah, saya sentiasa berdoa agar dugaan ini dapat saya atasi dan sentiasa berusaha demi suami tercinta dan juga terima kasih kerana rakan saya memperkenalkan Minyak Anugerah ini!” Pn Aqilah Diyana, 33 tahun, Semenyih. |
|
Dulu saya disepak terajang, kini saya ditatang bagai minyak yang penuh..."Suami saya merupakan seorang mualaf dan memeluk agama Islam sebelum kami berkahwin, 10 tahun yang lepas. Dulu kehidupan beliau agak sosial dan saya bertekad untuk mengubah dan membimbing beliau mengikut ajaran Islam. Selama ini kami sangat bahagia. Beliau merupakan suami yang penyayang, sentiasa mengambil berat tentang keluarga dan kami dikurniakan dengan dua orang cahayamata.Rumahtangga kami mula bergolak kira-kira setahun lalu apabila beliau bergaul semula dengan rakan-rakan zaman mudanya. Dia kembali hidup bersosial dan lebih menyedihkan apabila beliau bertukar menjadi panas baran sehingga sanggup memukul saya. Saya seolah-olah dijadikan bola, disepak terajangnya tanpa belas kasihan. Anak-anak pun beliau tidak hiraukan. Habis kerja dia terus ke 'pub', katanya untuk berehat bersama kawan-kawannya. Banyak duit dia habiskan di luar hampir setiap malam. Bila kehabisan duit, dia akan memaksa saya memberikan duit saya kepadanya. Kalau saya gagal berikan duit, memang habis saya dikerjakan. Banyak barang kemas saya turut digadainya. Saya redha dengan ketentuan Tuhan, tapi saya terkilan kerana beliau kembali dengan perangai lamanya. Memang saya malu untuk menceritakan masalah saya dengan orang lain, terutamanya pada ibu bapa saya kerana saya tak mahu mereka risau. Tapi saya tak mampu nak tanggung ini semua sendirian, jadi saya terpaksa meluahkan perasaan ini dengan rakan saya. Subhanallah, betul kata orang, kalau kita rasa kita ada masalah, ingatlah bahawa ada lagi orang yang bermasalah lebih daripada kita. Rupa-rupanya, rakan saya ini pun ada masalah rumahtangga sebelum ini, sehinggakan suami beliau mahu bercerai dan berkahwin dengan wanita yang lebih muda. Namun beliau dapat menyelamatkan rumahtangganya apabila mengetahui tentang Minyak Kasturi Anugerah untuk Keharmonian Rumahtangga. Dengan izin Tuhan, suaminya kembali ke pangkuan keluarga dan tidak lagi menjalinkan hubungan sulit. Apabila mengetahui tentang masalah yang saya hadapi, rakan saya terus memberikan saya Minyak Kasturi Anugerah ini, di samping menasihati saya supaya banyak berdoa kepada Allah. Kerana inginkan suami saya yang ‘dulu’ dan rumahtangga kami kembali jernih, saya tak putus-putus menggunakan Minyak Kasturi Anugerah ini. Saya campurkan di dalam air kolah mandian, saya calit pada suami ketika dia tidur, saya calit pada bajunya dan saya turut menggunakannya sendiri. Saya lihat Minyak Anugerah ini turut mengandungi selawat Tafrijiyah yang baik untuk menimbulkan rasa kasih sayang. Jadi saya turut mengamalkan selawat ini setiap kali lepas solat. Selang 2 minggu menggunakan minyak ini, saya mula nampak perubahan sikap suami. Beliau sudah mula meluangkan masa dengan anak-anak terutama di sebelah malam dan percakapan beliau juga kembali lembut. Suami saya juga sudah tidak lagi keluar bersosial bersama kawan-kawannya. Apa yang membuatkan saya sungguh terharu bila beliau meminta maaf kepada saya atas perlakuannya selama ini. Itu yang membuatkan saya sangat-sangat tersentuh. Syukur terhadap Allah, dengan izin-Nya, suami saya kini telah kembali menjadi suami dan bapa yang penyayang. Ternyata dengan keredaan Allah, Minyak Anugerah ini telah memberikan nafas baru terhadap rumahtangga kami. Alhamdulillah…" Hidayah Hassan, Johor Bharu, 38 tahun |
|
Capai 8A setelah minda lebih mudah menerima pelajaran“Saya seorang calon PMR 2011 di sebuah sekolah berasrama penuh dan saya akui dulu saya agak malas untuk mengulangkaji pelajaran. Ini kerana saya selalu kecewa dengan keputusan ujian yang saya perolehi. Seteruk mana pun saya belajar, keputusan saya mesti ‘down’. Pernah dulu saya terasa hendak berhenti sekolah. Saya tahu ibu sangat kecewa dengan prestasi saya jadi saya ambil langkah untuk berterus terang dengan ibu mengenai masalah pembelajaran yang saya hadapi.Ibu meminta saya mengamalkan Minyak Kasturi Anugerah untuk kepintaran anak setelah disarankan oleh cikgu tuisyen. Ibu suruh saya sapu minyak ini di bahagian badan dengan berselawat sebanyak tiga kali dan membaca surah Al- Fatihah. Setiap hari saya akan amalkan minyak ini sebelum ke sekolah dan ketika mengulangkaji. Tidak sampai sebulan, saya terasa lebih tenang dan mudah memahami apa yang dipelajari. Saya juga lebih mudah mengingati apa yang dibaca. Semasa di dewan peperiksaaan tahun lepas saya terasa sangat tenang dan tidak langsung rasa berdebar macam dulu. Alhamdulillah, dengan izin Allah, berkat doa ibu dan juga amalan Minyak Anugerah untuk kepintaran anak, saya telah mendapat keputusan 8A dalam PMR tahun lepas. Saya terlalu gembira sehingga menitiskan air mata apabila melihat ibu sangat-sangat bersyukur. Sekarang ini di tingkatan empat, saya masih menjadikan minyak ini sebagai amalan harian. Keputusan ujian sentiasa baik dan Insya Allah SPM tahun depan mampu saya hadapi dengan baik. Terima kasih Anugerah!” Mohd Ashiff Bin Razak, 16 tahun, Melaka |
Sunday, 1 December 2013
Testimoni Minyak Kasturi Anugerah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment