Saturday 7 December 2013

Cara Pembayaran Produk Anugerah

Semua produk Anugerah DIJUAL pada HARGA ISTIMEWA untuk pelanggan yang berminat sahaja.

Penghantaran pos barangan Anugerah ke seluruh Semenanjung  Malaysia ,Sabah  serta Sarawak  boleh diuruskan .

Kami berada di  kawasan Taman Mutiara,Sg Kob,Kulim Kedah.

Pembayaran adalah melalui Maybank transfer .Barangan akan dipos setelah bayaran dibuat .

Sila hubungi saya di talian 0134568799 jika ada sebarang pertanyaan.

Sunday 1 December 2013

Testimoni Kismis Emas Anugerah

Sawan tangis reda dengan bacaan ayat-ayat al-Quran

"Alhamdulillah, itulah perkataan yang dapat saya ucapkan. Anak lelaki saya mengalami sawan tangis dari bayi sehinggalah sekarang berumur 2 tahun. Tetapi ianya mula menampakkan perubahan baik sejak mengamalkan Air Anugerah dan juga Kismis Emas Anugerah. Sebelum ini, siang dan malam dia pasti menangis dan sudah pelbagai cara kami sekeluarga cuba untuk meredakan. Saya dan suami puas berikhtiar untuk mencari penawar untuk membantu anak kesayangan kami ini.

Kadang-kadang ia membuatkan saya dan suami berasa sangat tertekan. Sering saudara mara dan jiran bertanya sama ada anak saya ini sakit atau terkena sampuk. Ada ketikanya apabila pergi ke tempat yang ramai orang atau ke pasaraya, dia akan menangis dengan tiba-tiba. Puas dipujuk oleh ayahnya namun tidak berhasil. Kini sudah empat minggu saya berikannya Kismis Emas Anugerah dan juga Air Anugerah ini.


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dalam masa sebulan ini anak saya kini telah pun menunjukkan perubahan yang amat ketara. Saya dan suami sangat gembira dengan perubahan yang baik ini. Apabila berjumpa dengan orang lain, dia tidak lagi menangis dan berasa takut. Malah yang lebih mengejutkan kami, beliau jadi lebih peramah dengan orang walaupun dia hanya boleh bertutur dalam bahasa kanak-kanaknya. Kadang-kadang, saya dan suami tertawa dengan telatahnya. Kini, saya dan suami sudah boleh membawanya ke mana-mana sahaja, pasaraya dan sebagainya. Syukur kepada Allah SWT dan terima kasih Anugerah.


Noor Adilah Bt Mat Amin, 30 tahun, Kajang, Selangor



"Saya seorang pelajar tahun akhir dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi masalah saya ialah saya cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh pensyarah. Saya juga mengalami fobia ketika hendak menduduki peperiksaan dan sentiasa berasa tertekan dengan tugasan lain. Semasa peperiksaan pula, saya sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan kurang keyakinan terhadap kemampuan diri walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.Kadangkala, rasa macam ‘give up’ pun ada walaupun perkara yang mudah untuk dipelajari, tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah.


Baru-baru ini, rakan sekuliah saya mengesyorkan agar mencuba Kismis Emas untuk kecergasan minda. Antara impak-impak awal semasa pengambilan kismis emas ini, saya dapati saya lebih bersemangat untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberi dan dapat menumpukan perhatian dalam kuliah harian. Saya hanya mengamalkan kismis emas ini pada sebelah pagi sebelum ke kuliah dan ketika mengulangkaji pelajaran.


Selepas sebulan pula, saya rasakan fikiran terasa lebih segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang. Saya juga mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca dan keupayaan belajar menjadi lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama."


Ardy Zulkarnain Bin Shamas, 20 tahun, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Testimoni Minyak Sejuta Rahsia Anugerah

Akibat penangan ilmu hitam, kaki sakit bagaikan hancur.... 2 duri nibong terkeluar dari tapak kaki setelah berminggu menanggung derita

Sudah beberapa minggu saya jatuh sakit. Pada mulanya saya sangkakan masalah ini disebabkan kencing manis saya. Tetapi apabila diperiksa doktor, didapati paras gula saya cuma tinggi sedikit sahaja dan pastinya bukannya punca masalah kesihatan saya. Semenjak saya jatuh sakit, badan saya terasa sangat lemah, sentiasa demam, sentiasa rasa berdebar-debar dan yang paling teruk kaki saya sangat sakit. Ianya bertambah teruk sebelah malam, terasa bagaikan hancur kaki saya. Setelah tidak dapat dikesan oleh doktor saya mula merasakan bahawa ini mungkin bukan sakit biasa.

Beberapa kali saya cuba pergi berjumpa ustaz tetapi banyak sangat halangan. Cari rumah tak jumpa, kereta tiba-tiba rosak, kaki terasa berat melangkah dan bermacam-macam lagi. Minggu lepas sakit kaki saya bertambah teruk sehingga saya mengerang dan meracau semasa tidur. Suami dan anak-anak sangat risau melihat keadaan saya.

Pada masa itulah, anak perempuan saya teringatkan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia yang dia guna untuk mengatasi masalah senguggutnya. Anak saya menyapu minyak Anugerah pada seluruh kaki. Semasa ingin menutup semula lampu untuk sambung tidur dia terpandang benda hitam tercucuk di tapak kaki saya. Langsung dia mengejutkan suami saya. Masya Allah, bayangkan mereka mendapati duri nibong tercucuk di kaki saya. Bayangkan betapa terkejut kami sekeluarga. Kalau difikirkan dengan akal biasa memang tidak munabasah. Mana datangnya duri sepanjang jari telunjuk ini. Tetapi saya mula menerima hakikat memang saya terkena ilmu hitam dan inilah permainan cara halus mereka yang ingin melihat orang lain menderita.

Pada malam kemudiannya, anak saya menyapukan lagi minyak ini dan sekali lagi terkeluar duri nibong yang kedua. Kali ini ia terlekat pada isi sebelah ibu jari kaki. Sejak seminggu dua ini kesihatan saya bertambah pulih. Saya pun mula meminum Air Anugerah kerana ianya turut didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran.

Alhamdulillah, sakit kaki pun telah banyak hilang. Badan pun terasa lebih ringan, tidak sakit-sakit lagi dan rasa berdebar pun tiada. Memang saya risaukan tentang apa yang terjadi namun saya sangat bersyukur kerana kesihatan saya semakin pulih. Sejak itu juga saya mula mengamalkan ayat-ayat Quran yang melindung saya dan keluarga dari ilmu hitam. Saya berkongsi cerita ini kerana inginkan ia menjadi iktibar sekiranya ada sesiapa yang menanggung nasib yang sama agar mereka terus berusaha dan berpegang dengan Al-Quran kerana ianya memang menjadi penawar.

Pn Habsah Karim, Ipoh, Perak

Tukang urut hilangkan badi sihir dengan Minyak Sejuta Rahsia

Sudah hampir 30 tahun Pakcik melakukan kerja-kerja mengurut dan telah mencuba pelbagai jenis minyak urut tradisional di pasaran. Allah telah memberi tenaga kepada Pakcik untuk menolong ramai orang, dari sakit selepas kemalangan, terkena buatan orang, masalah batin lelaki dan macam-macam lagi. Kadangkala selepas mengurut, Pakcik dapat rasakan macam terkena tempias atau badi dari sesetengah pelanggan yang mempunyai sakit yang berpunca dari sihir. Seluruh anggota badan Pakcik akan terasa lemah dan bisa-bisa serta tidak dapat mengurut untuk beberapa minggu. Sehinggalah, isteri Pakcik terbaca paparan mengenai Minyak Anugerah Sejuta Rahsia di suratkhabar dan terus dapatkan minyak ini.

Masya Allah, sejak menggunakan minyak ini Pakcik berasa terkejut merasakan perubahannya. Pakcik hanya guna minyak ini satu malam sahaja, dan pada keesokkan harinya, badan Pakcik terasa lebih segar serta bertenaga. Bisa-bisa akibat badi urut pun terus hilang. Sejak itu, Pakcik turut menggunakan minyak ini untuk mengurut para pelanggan yang lain. Alhamdulillah, setakat ini sudah lebih 10 botol Minyak Anugerah Sejuta Rahsia yang telah Pakcik gunakan. Ramai pelanggan yang beritahu kesihatan mereka semakin pulih selepas berurut menggunakan minyak ini. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, Pakcik masih lagi diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mencari rezeki dan mampu meringankan beban sakit para pelanggan Pakcik.

En Johari Bin Manap, 60 tahun, Seremban

Alhamdulillah, suami makcik boleh berjalan semula...

"Sebagai tukang urut, Makcik sentiasa mencari minyak urut yang berkesan untuk para pelanggan Makcik. Sebelum ni, Makcik mengurut wanita-wanita yang baru bersalin, senggugut, sakit peranakan dan sakit dalaman wanita. Baru-baru ini, ada seorang pelanggan Makcik membawa Minyak Anugerah Sejuta Rahsia dan menyuruh Makcik mengurut perutnya dengan menggunakan minyak ini. Katanya, minyak ini memang mujarab dan didoakan dengan ayat-ayat Al-Quran. Alhamdulillah, pelanggan ini yang selalu sakit perut dan bisa-bisa pada kakinya beransur pulih. Sejak itu, Makcik pun mula mengamalkan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini untuk mengurut para pelanggan lain. Ramai yang beritahu segala sakit lenguh, ngilu, bisa-bisa mereka semakin baik.

Sejak mengamalkan Minyak Sejuta Rahsia ini, Makcik turut mengurut kedua-dua belah kaki suami Makcik yang telah lumpuh sejak setahun lalu. Masya Allah, hanya Allah yang tahu betapa syukur dan gembiranya Makcik dengan perubahan suami Makcik. Sebelum ini, beliau tidak dapat gerakkan separuh badan. Selepas dua bulan Makcik mengurut kaki dan tangan kanannya sekarang suami Makcik sudah boleh berjalan sendiri dengan menggunakan bantuan tongkat. Syukur sangat-sangat, dengan izin Allah dan segala doa Makcik selama ini termakbul untuk melihat suami Makcik berjalan semula selepas Makcik guna Minyak Anugerah ini.

Asemah Binti Abdullah, 66 tahun, Melaka

Kini adik boleh tidur lena, dah tak sakit perut lagi...

Dulu adik memang susah nak tidur malam kerana perut adik selalu sakit macam ditumbuk-tumbuk dan memulas. Kalau tidur pun sekejap sekejap je. Perut adik selalu rasa sakit, macam kena tumbuk dan berdenyut-denyut. Tengah-tengah tidur mesti adik terjaga. Tiap-tiap malam adik kena bangun dan sapu minyak panas kat perut ni, tapi tak hilang-hilang juga.

Mak bawak pergi jumpa doktor dan doktor cakap adik ada gastrik. Doktor kasi 'pain killer', suruh ambil bila rasa sakit menyerang. Bila makan ubat tu, rasa sakit pun hilang tetapi sekejap sahaja. Kadang-kadang bila adik tengah 'study', perut adik rasa memulas-mulas. Baru-baru ini mak adik ada baca pasal Minyak Anugerah Sejuta Rahsia di suratkhabar, dia terus beli minyak ini. Dua malam adik pakai minyak ni, sakit perut tu terus hilang. Adik pakai minyak ni sebelum tidur dan bila bangun pagi, badan adik rasa segar dan ringan. Alhamdulillah, sekarang saya tak payah lagi kacau mak tengah-tengah malam untuk sapukan ubat. Terima kasih Minyak Anugerah!

Nur Adilah Bt Kamal Azman, 14 tahun, Johor Bahru, Johor.

Berjalan Semula Selepas Guna Minyak Anugerah Sejuta Rahsia

Tahun lalu saya terlibat dalam satu kemalangan yang sangat teruk sehingga sebelah kaki saya patah. Tiga bulan selepas pembedahan, saya masih tidak mampu berjalan dan hanya selepas dua bulan berikutnya saya perlu bergantung kepada tongkat pula. Setiap kali hujan dan waktu malam, kaki saya terasa bisa-bisa dan semua sendi sangat sakit.

Sejak saya menggunakan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini, Alhamdulillah sakit dan bisa yang saya tanggung selama ini hilang. Setelah dua minggu menggunakan minyak ini saya tidak lagi perlu menggunakan tongkat untuk berjalan. Kini saya faham mengapa ramai yang sering berkongsi pengalaman mereka dengan surat khabar tentang Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini.

Kini saya ingin berkongsi kegembiraan saya dan berharap agar mereka yang lain turut mendapat manfaat dalam mencari penawar kepada sebarang kesakitan yang ditanggung. Saya berasa gembira dan kesyukuran apabila saya dapat berjalan semula. Kini kaki saya bertambah sihat dan kuat. Malah yang lebih penting saya mampu mengerjakan solat seperti dulu. Syukur kepada Allah

Datin Fatimah Wati Hassan, 56 tahun, Seremban 2,

Asma sejak kecil hilang dalam dua bulan

Saya mempunyai masalah asma sejak kecil lagi dan ianya berterusan sehingga kini. Hampir setiap bulan, saya terpaksa bergantung kepada inhaler dan ubat-ubatan lain yang di berikan oleh doktor. Bukan itu saja, ubat tradisional pun telah banyak saya makan tapi semua tak jalan. Alhamdulillah, sejak saya menggunakan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia sejak dua bulan lalu, penyakit asma saya semakin pulih. Saya sapu minyak ini setiap pagi dan malam.

Kalau dulu saya bawa inhaler ke mana-mana, kini saya tidak lagi bergantung nyawa dengannya. Saya dapati Minyak Anugerah ini mengandungi doa-doa penyembuh semput dan asma sebab itulah saya menggunakanya. Ternyata saya berjaya menikmati mukjizat Al-Quran. Syukur kepada Allah dan terima kasih Minyak Anugerah Sejuta Rahsia.

Secara jujur saya mengesyorkan kepada mereka yang mengalami masalah asma kronik seperti saya. Terima kasih.

Nurul Hana, 23 tahun, Kuala Lumpur.

3 tahun tanggung sengal tulang, kini hilang...

Sejak 3 tahun lalu, saya mengalami sengal-sengal tulang sehingga tak mampu untuk menjalani aktiviti harian. Paling sakit sekali ketika nak solat, nak tunduk pun saya tak mampu. Saya sering berulang alik ke hospital untuk mendapatkan ubat penahan sakit. Setiap kali saya bawa dan angkat barang-barang berat, pasti rasa sakit yang teramat sangat pada kedua-dua belah kaki dan pinggang saya. Nak dukung anak yang berumur setahun pun saya tak larat, walaupun hanya untuk 10 minit. Pada sebelah malam pula, sakitnya begitu menyucuk-yucuk, memang tak lena tidur.

Sehinggalah pada 3 minggu yang lepas, salah seorang kakitangan di hospital mengesyorkan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia kepada saya. Pada mulanya, saya rasa macam tiada apa-apa lagi yang dapat mengubati sakit sengal tulang ini, tetapi kerana minyak ini mempunyai kombinasi surah-surah al-Quran, saya terus mencubanya. Pada hari pertama saya menggunakan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini, saya dapati keduadua kaki saya terasa panas dan kesannya sehingga terasa kebas-kebas.

Selepas mengamalkan minyak ini setiap hari dan setelah 2 minggu sahaja, saya dapati perubahan yang amat ketara pada kedua-dua belah kaki saya. MasyaAllah, saya sendiri rasa macam tak percaya, sakit sengalsengal tulang saya mula berkurangan dan saya sudah boleh menunaikan solat dengan sempurna. Alhamdulillah, sekarang sengal-sengal tulang pada kedua-dua belah kaki saya beransur sembuh dan saya dapat menjalani rutin harian saya seperti biasa.

Kini, saya tidak lagi bergantung kepada pil penahan sakit dan ubat-ubatan lain. Apa yang pasti, saya akan terus amalkan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia, InsyaAllah berkesan untuk badan saya.

Halilah Binti Hashim, 47 tahun, Cheras.

Testimoni Gamat King Anugerah

Bisa pada lutut hilang, boleh tunaikan solat dengan sempurna...…

Kira-kira 4 bulan yang lalu saya telah mengalami kemalangan yang menyebabkan kedua-dua kaki saya cedera parah terutamanya pada bahagian lutut. Menurut doktor, tisu lutut saya terkoyak dan terpaksa menjalani fisioterapi selama dua bulan. Setelah selesai menjalani sesi fisioterapi, saya masih mengalami kesukaran untuk berjalan dan terpaksa berjengkit-jengkit. Kedua-dua kaki saya tak dapat dilipat. Masya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya rasa bisa pada kedua-dua lutut saya ini. Saya terpaksa bersolat secara duduk dan tak dapat berjalan selama sebulan.

Suami ada membawa saya pergi berurut namun kesannya hanya dapat bertahan untuk sementara waktu sahaja. Namun kami masih gigih berikhtiar untuk mencari penawar bisa bagi kedua-dua kaki saya ini. Baru-baru ini suami saya terbaca paparan pengalaman pengguna mengenai Gamat King Anugerah di surat khabar dan terus mendapatkannya. Saya mengambil Gamat King Anugerah ini mengikut sukatan yang ditetapkan. Di samping itu juga, saya menggunakan Minyak Sejuta Rahsia untuk mengurut kedua-dua kaki saya. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan selepas seminggu mengamalkan Gamat King Anugerah, saya terasa perubahan yang baik. Bisa-bisa kaki telah hilang dan pergerakan saya terasa ringan. Walaupun tidak dapat berjalan dengan tegak namun saya tidak lagi merintih kesakitan. Kini selepas sebulan, saya dapat berjalan seperti biasa dan tunaikan solat dengan sempurna. Saya yakin bahawa setiap sakit pasti ada penawarnya, syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada Anugerah.

Fazilah Binti Ismail 41 tahun, Pasir Gudang, Johor

Ibu Mengandung Rasa Loya... Kini Kembali Bertenaga dengan Gamat…

“Ini merupakan pertama kali saya mengandung. Masalah saya ketika ini ialah rasa loya, mual yang agak teruk, sering sakit kepala dan badan sentiasa terasa lesu. Selain itu, saya turut hilang selera makan dan risau sekiranya ia mengganggu pertumbuhan bayi di dalam kandungan saya ini. Baru-baru ini saya terbaca iklan tentang produk Anugerah ini yang didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doa pilihan. Hati saya tergerak untuk mencuba minuman kesihatan Gamat King kerana ianya baik untuk ibu-ibu mengandung. Setelah seminggu mencuba Gamat King ini saya terasa perubahan yang agak ketara. Mual dan muntah semakin berkurangan dan yang paling penting saya tidak lagi terasa letih dan lesu. Saya sudah mampu bergerak lincah seperti biasa dan kembali menguruskan hal rumahtangga. Alhamdulillah, saya akan terus menggunakan Gamat King ini. Saya juga berdoa agar anak di dalam kandungan saya ini membesar dengan mukjizat Al-Quran. InsyaAllah dan terima kasih kepada Anugerah.
Azrina Mohd Salim, 31 tahun, Ipoh, Perak.

Tangan seakan lumpuh, kini boleh bergerak...

Saya terlibat dengan sebuah kemalangan ngeri pada dua tahun lepas. Semenjak itu, tangan kanan saya dari paras bahu hingga ke jari-jemari tidak dapat digerakkan. Bila hujan pula, seluruh tangan saya terasa ngilu dan bisa. Saya cuba dapatkan rawatan Islam dan menurut ustaz, saya telah 'disampuk' benda halus ketika pergi mengurut di kawasan kampung. Tetapi saya dan suami kurang percaya kepada benda-benda mengarut sebegini jadi saya hanya amalkan ubat dari doktor serta melakukan fisioterapi sekali seminggu.

Oleh kerana tak tahan lagi menanggung sakit dan ngilu, saya meminta bantuan rakan untuk mencari produk tradisional. Rakan pengedar saya mengesyorkan agar mencuba Gamat King kerana anak saudaranya turut menggunakan minyak kesihatan ini untuk membantu menyembuhkan luka selepas kemalangan. Saya berasa yakin untuk mencuba Gamat King ini kerana ianya ditenagakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doapenawar. MasyaAllah, saya berasa terkejut apabila merasakan perubahan yang amat baik setelah sebulan mengamalkan Gamat King ini.

Kini, saya sudah dapat menggenggam jari-jemari dan mampu memegang objek. Hanya Allah SWT yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya saya dengan perubahan ini. Bukan setakat itu sahaja, saya dapat rasakan badan lebih bertenaga dan tidak lagi lesu seperti dulu. Malah kulit juga menjadi semakin halus dan licin. Saya ingin mengesyorkan kepada sesiapa yang mengalami masalah kesihatan untuk mencuba Gamat King kerana ia memang mujarab.Tanpa Gamat King Anugerah, mungkin tangan saya tidak dapat di gerakkan seumur hidup!

Puan Rahima Mohd, 40 tahun, Sik,Kedah

Testimoni Losyen Sejuta Khasiat Anugerah

- Losyen Sejuta Khasiat Anugerah


“Saya seperti mengandung 5 bulan”. Kini perut telah susut dan panas baran hilang...

Sejak 4 tahun yang lalu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa pedihnya saya menanggung derita saya ini. Perut saya membuncit dan kian membesar dari hari ke hari, seperti wanita yang mengandung. Tidak tahu apa puncanya ia terjadi sedemikian kerana saya amat mementingkan pemakanan yang sihat. Disebabkan perut saya yang semakin membuncit ini, aktiviti harian saya terbatas. Mana taknya, dada saya pasti terasa semput dan cepat letih apabila melakukan kerja-kerja berat. Memang tidak ada tenaga langsung.

Melihatkan keyakinan saya yang makin lama hilang disebabkan keadaan fizikal saya ini, rakan saya telah memberikan saya Losyen Sejuta Khasiat Anugerah dan Air Anugerah setelah terbaca mengenainya di akhbar. Produk ini telah banyak membantu orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk mencuba, takut kalau ia tidak berkesan dan mengecewakan lagi. Saya seakan fobia kerana telah banyak wang ringgit yang saya belanjakan untuk mengatasi masalah perut buncit saya ini. Apa yang membuatkan saya yakin untuk mencuba losyen ini ialah kerana saya dapati losyen ini telah dibacakan dengan 30 juzuk Al- Quran beserta doa-doa pilihan. Saya sapukan losyen ini setiap hari pada bahagian perut serta pada bahagian yang bermasalah. Di samping itu, saya mengamalkan meminum Air Anugerah serta mencampurkannya ke dalam air mandian. Setelah beberapa hari mengamalkan Losyen Sejuta Khasiat ini, saya dapat rasakan losyen ini bukan seperti losyen biasa. Saya makin cepat berpeluh dan kerap ke tandas.

MasyaAllah, segala-galanya telah menampakkan hasil yang sangat baik setelah menggunakan produk ini kurang dari 4 bulan. Badan saya berasa lebih ringan dan saya sangat gembira dengan perubahan yang terbaru ini. Lihatlah perbezaan saya sebelum dan selepas menggunakan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah. Perbezaannya memang ketara. Berat badan semakin susut dan tiada lagi perut buncit. Kini, saya berasa lebih sihat, lebih aktif dan mudah untuk melakukan kerja harian. Yang paling menggembirakan saya adalah, sebelum ini saya seorang yang agak panas baran, tetapi setelah mengamalkan Air Anugerah setiap hari, saya dapati saya berasa lebih tenang dan tidak lagi marah-marah. Segala-galanya telah menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Saya syorkan kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah yang sama seperti saya untuk merasakan sendiri mukjizat al- Quran yang terdapat dalam Losyen Sejuta Khasiat Anugerah, InsyaAllah. Terima Kasih Anugerah!

Azimin bin Haji Ahmad Zini 40 tahun, Kamunting, Perak

Tiada lagi masalah keputihan dan perut buncit...

Sebelum ini, saya menderita kerana mengalami keputihan yang sangat teruk, dan masalah tersebut semakin berpanjangan walaupun sudah pelbagai produk yang saya cuba. Tambahan pula saya mempunyai alahan kepada produk pembersih wanita yang mempunyai wangian, makin rasa gatal dibuatnya. Alhamdulillah, setelah dua minggu saja mengunakan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah ini, keputihan yang saya alami semakin berkurangan. Tiada lagi gatal-gatal yang saya tanggung selama ini. Bukan itu saja, sejak mengamalkan losyen ini juga, perut saya yang agak menggeleber juga semakin kempis dan tiada lagi masalah angin. Rasa panas losyen ini pun memang melegakan. Terima kasih Losyen Anugerah!

Suhailah bt Jamalus, 40 tahun, Semenyih

Berat badan turun, sakit kepala berkurangan....

Saya mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, sakit kepala dan sakit leher. Sebagai seorang jururawat, saya sangat sibuk dengan tugasan harian dan tidak sempat untuk bersenam. Setakat ini, saya pernah mencuba produk-produk minuman untuk menguruskan badan tetapi masih tiada perubahan. Kadang-kadang saya rasa ‘down’ sangat kerana memang sukar untuk mencari saiz pakaian saya. Sehinggalah dua bulan yang lepas, rakan sekerja di hospital, bercerita tentang Losyen Anugerah Sejuta Khasiat haruman Apple Garden yang beliau gunakan sejak lepas bersalin untuk mengurangkan angin dalam badan dan mengempiskan perut. Beliau begitu asyik bercerita tentang losyen yang didoakan dengan ayat-ayat al-Quran ini telah membuat saya tertarik untuk mencuba.

Setelah dua bulan saya mengamalkan losyen ini,  saya dapati ada perubahan yang baik terutamanya pada bahagian perut saya. Setiap hari sebelum ke kerja dan sebelum tidur, saya akan sapukan losyen ini pada bahagian yang bermasalah  seperti perut, peha, lengan dan belakang leher beserta dengan selawat. Saya gemar menggunakannya setiap hari sebab baunya sangat wangi dan tak payah saya menggunakan 'perfume'. 

Alhamdulillah, saya amat gembira dengan hasil Losyen Sejuta Khasiat Anugerah kerana ianya telah membantu dalam menyelesaikan masalah hormon, angin dalam badan serta berjaya mengurangkan berat badan. Malah sakit kepala dan sakit leher saya juga beransur hilang. Kini rakan-rakan memuji kerana saya kelihatan semakin ramping dan saya rasa lebih cergas. Alhamdulillah, terima kasih Anugerah dan syukur  pada-Mu, Allah S.W.T.

Miza, 28 tahun
Perai, Pulau Pinang
 

Kalau tak kerana Losyen Anugerah, rumahtangga saya mungkin hancur…

Rupa-rupanya dalam zaman serba moden ini semakin ramai mengamalkan ilmu hitam sebagai jalan pintas untuk mencapai hajat hati mereka. Saya tidak sedar yang sebelum ini saya terkena buatan orang. Dalam tempoh 8 bulan lalu, saya dan suami sentiasa bertengkar. Malah keadaan dalam rumah sentiasa ‘panas’. Saya bukanlah seorang yang panas baran tetapi apa sahaja yang suami lakukan pasti ada yang tak kena. Kadang-kadang kerana benda yang kecil pun boleh bergaduh sehingga tak bertegur sapa. Nak tengok muka dia pun saya dah tak ‘lalu’, tak tau apa sebabnya.

Melihat keadaan semakin teruk, adik saya membawa pulang Air Anugerah dengan harapan ia dapat ‘menyejukkan’ hati saya. Di samping itu juga, beliau memberikan Losyen Sejuta Khasiat untuk saya cuba. Katanya ianya bagus untuk buang angin-angin dalam badan dan masalah dalaman wanita. Entah kenapa saya rasa macam terpanggil-panggil untuk mencuba losyen ini. Dengan kuasa Allah, bila saya buka dan hidu sahaja losyen ini, tiba-tiba saja saya rasa sebak dan bila saya pandang ke arah suami, saya terus menangis beriya-iya di hadapannya. Situasi tersebut memang pelik, tak dapat saya nak gambarkan perasaan saya pada masa itu. Tak pernah saya rasa sedih sebegitu dan terus memohon kemaafan suami di atas segala kesalahan yang telah saya lakukan.

Beberapa hari kemudian, saya dan suami mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam. Menurut ustaz yang membantu mengubati saya, ada orang terdekat yang telah menghantar ‘sihir’ ke rumah dengan tujuan untuk memisahkan saya dan suami. Sebab itulah saya dan suami terasa ‘jauh’ sebelum ini. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah SWT, kini rumahtangga kami semakin tenang. Tetapi kini saya sekeluarga mengamalkan Air Anugerah untuk perlindungan dalaman dan losyen Anugerah yang wangi ini untuk perlindungan luaran. Saya kini berasa lebih selamat kerana kami sekeluarga membaluti diri dengan kekuasaan ayat-ayat Al-Quran. Insya Allah.

Pn Mazlinda, 39 tahun, Taman Inderawasih, Butterworth.
 

Dulu di sangka hamil, kini badan semakin langsing menawan....

Rata-rata saya pergi orang pasti akan bertanya sama ada saya mengandung atau tidak. Memang saya akui saya mempunyai ramai anak, iaitu 6 orang dan usia saya belum pun menjangkau 40 tahun. Anak saya yang paling kecil sudah pun berusia 18 bulan, tetapi mungkin disebabkan perut saya yang masih buncit ini menyebabkan kenalan menyangka saya hamil lagi. Perempuan mana yang tak malu jika sentiasa diajukan soalan yang sama.

Kadang kala saya berasa rendah diri dan malu jika berada di kalangan wanita yang kurus dan cantik. Bila tengok keadaan saya ini, memang saya tak salahkan orang kalau menganggap saya hamil. Selepas melahirkan anak saya yang bongsu ini, perut saya mengeleber dan buncit, kesan rekahan selepas bersalin serta selulit tidak juga hilang walaupun sudah mencuba pelbagai jenis produk. Saya akui disebabkan tidak mempunyai fizikal yang menarik, saya sentiasa berasa tersisih dan berfikiran negatif apabila berdepan dengan orang ramai.

Sehinggalah bulan lepas saya terbaca tentang Losyen Sejuta Khasiat Anugerah yang diharapkan boleh membantu saya menangani masalah yang saya hadapi. Memang betul, saya mula menyedari perubahan ke atas perut saya setelah memakainya selama seminggu. Perut saya yang dulunya buncit dan berlemak kini semakin kempis, dan garis-garis coklat hitam yang terdapat di perut dan pinggang saya semakin pudar.

Bukan itu sahaja, pinggang saya juga semakin ramping dan yang lebih menyeronokkan lagi saya sudah boleh memakai baju kebaya saya yang dibuat 3 tahun lepas! Setiap hari saya memang teruja untuk memakai losyen ini kerananya tahap kepanasannya yang enak dan teskturnya pun tidak melekit. Bau losyen ini pun seakan bau minyak wangi dan tahan lama. Bayangkan walaupun sudah seharian berada di pejabat, bau losyen ini tetap ada sehingga saya pulang ke rumah pada sebelah petang.

Saya tak sangka dapat bertemu dengan Losyen Sejuta Khasia Anugerah ini kerana secara tak langsung telah mengembalikan keyakinan saya. Kini orang ramai bukan bertanya sama ada saya mengandung atau tidak, tetapi tentang rahsia atau petua saya mengekalkan bentuk badan saya walaupun sudah beranak 6!

Rasyidah Munir, 38 tahun, Rawang

Testimoni Minyak Kasturi Anugerah


10A dalam SPM lepas guna Minyak Anugerah Kasturi…


Sebelum peperiksaan akhir semester lalu, saya sukar menumpukan perhatian dalam kuliah. Hati seperti tidak tenteram kerana banyak tugasan perlu disiapkan. Fikiran buntu dan kadangkala macam putus asa mengulang kaji pelajaran dan gagal memberi fokus terhadap subjek yang diulang kaji. Ketika menyiapkan tugasan kuliah, saya mengantuk sehingga banyak kerja tertangguh. Apabila tiba peperiksaan akhir, saya jadi buntu dan tidak ingat apa-apa.

Semester lalu, rakan kuliah memperkenalkan Minyak Anugerah Kasturi. Sebelum mula kuliah dan mengulang kaji, saya sapukan minyak ini serta selawat dan niat memudahkan segala tugasan. Selepas sebulan, prestasi saya meningkat dan mendapat keputusan cemerlang pada semester, baru-baru ini. Alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat minyak anugerah ini, saya kini lebih fokus dan berjaya.

Edzwan Haziq, 20, Ipoh, Perak



Bertemu Jodoh Juga Akhirnya……

Syukur ke hadrat Ilahi kerana setelah lebih kurang 3 bulan menggunakan Minyak Anugerah Untuk Menaikkan Seri dan Pemanis Wajah, saya telah dipertemukan jodoh dan bakal diijabkabulkan pada tahun ini. Saya pernah melihat paparan mengenai Minyak Kasturi Anugerah di surat khabar tetapi belum pernah mencubanya. Terima kasih juga kepada rakan baik saya yang telah menemukan Minyak Anugerah ini kepada saya. Katanya, minyak ini telah didoakan dengan kalimah-kalimah al-Quran serta doa-doa pilihan dan ini membuatkan saya lebih yakin untuk menggunakannya. Beserta selawat dan niat, saya sapukan minyak ini di pergelangan tangan dan kedua-dua kening setiap kali selepas solat dan sebelum ke tempat kerja.

Saya amalkan Minyak Anugerah ini setiap hari dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar segala yang dihajati akan termakbul. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan amalan Minyak Anugerah ini, saya bakal mendirikan rumahtangga bersama pasangan saya tidak lama lagi. Saya percaya di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang mempertemukan jodoh. Alhamdullilah doa saya kepada Allah diberkati. Saya berazam untuk menjadi suami yang baik dan bertanggungjawap tidak lama lagi. Insya Allah.

Mohd Noor Azizi, 29 tahun. Kuantan, Pahang



"Alhamdulillah, saya berjaya mengatasi angkara sihir yang meruntuhkan rumahtangga kami..."…

Sejak beberapa bulan yang lepas, hubungan saya dan suami sentiasa tegang. Pantang tersilap sikit walaupun disebabkan hal kecil, suami saya pasti melenting. Hampir setiap hari saya berendam air mata kerana sikap suami terhadap saya yang keterlaluan. Saya sering tertanya-tanya apakah sebenarnya salah dan silap saya? Malah yang paling saya terkilan ialah apabila suami sendiri menyatakan yang dia benci melihat wajah saya. Sedih sangat hanya Tuhan yang tahu, apabila mendengar suami kesayangan mengatakan sebegitu pada saya. Sejak itu, saya tidak berani untuk berada dekat dengan suami apatah lagi untuk berbicara dengannya.

Sebelum ini saya selalu terbaca paparan mengenai keberkesanan Minyak Kasturi Anugerah di akhbar, namun tak pernah terlintas untuk mencubanya. Entah mengapa tergerak hati saya untuk mencuba dan saya mendapatkan minyak ini melalui pengedar yang berdekatan. Dengan selawat dan niat, saya sapukan sedikit minyak ini di wajah saya, setiap kali selepas solat. Kali pertama saya menggunakan minyak ini, saya dapati hasilnya cukup berkesan. Suami saya mula menegur saya. Berbeza sangat dengan hari-hari sebelum ini kerana beliau selalu bersikap dingin terhadap saya. Saya amat kagum dengan kehebatan mukjizat ayat-ayat al-Quran yang telah dibacakan pada minyak ini yang telah mengembalikan keharmonian rumahtangga saya yang telah retak. Selepas seminggu menggunakan minyak kasturi ini, barulah saya tahu yang suami saya telah disihir oleh seseorang agar rumahtangga kami hancur.

Syukur Alhamdulillah, kini rumahtangga saya kembali aman dan bahagia.

Puan Asmidar, 25 tahun.Jertih, Terengganu.


Ilmu hitam jadi pengukur siapa kawan siapa lawan…

Saya memulakan peniagaan bersama seorang rakan saya dan hubungan kami baik sehinggalah berlakunya satu perselisihan faham antara kami yang menyebabkan saya menderita. Kira-kira 3 minggu selepas insiden tersebut, seluruh badan saya akan terasa seram sejuk dan bisa-bisa ‘menangkap’ seluruh badan setiap kali menjelang Maghrib. Yang paling merimaskan saya apabila timbul pulagelembung-gelembung air bisa di seluruh badan saya, saya tengok sendiri pun dah jijik, inikan pula orang lain. Saya terpaksa memakai baju lengan panjang setiap kali keluar rumah kerana malu kalau ada orang luar nampak. Gelembung-gelembung ini sungguh berbisa dan pedih, dan paling memeritkan apabila terkena air mandi dan ketika hendak tidur. Bila pergi berjumpa doktor, beliau mengesahkan saya hanya mengalami demam biasa dan gelembung air pada seluruh badan saya hanyalah jangkitan kulit. Tetapi kalau betul ianya demam biasa dan jangkitan kulit, takkan berlarutan sehingga sebulan lebih lamanya. Kerana melihatkan keadaan diri saya yang tidak pulih, rakan serumah saya mengesyorkan agar saya mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Tambahan pula, jiran saya ada menegur wajah saya yang katanya kelihatan pucat seperti orang sakit dan apabila saya menceritakan tentang segala sakit dan demam yang saya alami selama ini, beliau terus memperkenalkan Air Anugerah dan Minyak Kasturi Anugerah untuk menyingkirkan sihir. Katanya, air dan minyak ini telah dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran, cubalah mana tahu dapat membantu masalah saya ini.

Pada masa yang sama juga, saya turut mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam. Menurut ustaz yang merawat saya, rupa-rupanya ada seseorang telah mengenakan sihir ke atas saya agar saya tak dapat bekerja dan sukar menjalani kehidupan harian. Tambah Ustaz juga, orang yang menghantar sihir itu adalah seseorang yang baru mempunyai sedikit selisih faham dengan saya dan berniat untuk menghancurkan perniagaan saya. MasyaAllah, tak pernah saya menyangka, kerana benda yang kecil, sanggup ‘rakan saya’ itu menghantar sihir kepada saya.

Kali pertama saya minum Air Anugerah ini, saya terus pening kepala. Saya juga menyapu Minyak Kasturi Anugerah pada gelembung-gelembung air di seluruh badan saya. MasyaAllah, kira-kira dua bulan selepas mengamalkan Air Anugerah dan Minyak Kasturi Anugerah ini, saya dapati perubahan yang menakjubkan sekali. Hilang terus demam, pening kepala dan sebagainya. Segalagelembung-gelembung air bisa juga mulai kering dan beransur pulih. Dengan izin Allah SWT, segalanya telah kembali seperti biasa dan saya dapat menunaikan solat dengan sempurna. Syukur Alhamdulillah juga kerana telah diketemukan dengan Air Anugerah dan Minyak Kasturi Anugerah ini.

Ahmad Zariff, 27 tahun, Parit Buntar, Perak



Anak Perempuan Dulunya Liar dan Merempit Kini Baik Semula

Saya menulis cerita ini dengan rasa sedih campur gembira. Sedih kerana melihat anak perempuan saya matang sebelum umurnya dan gembira, kerana saya berjaya menangani masalah sosial anak saya ini. Saya ibu tunggal dan masalah saya bermula apabila anak perempuan saya memasuki tingkat 4 tahun lepas, dia mula berubah. Sejak itu anak saya mula melawan cakap saya, balik sekolah lambat, asyik bergayut telefon dan pernah keluar tengah malam tanpa pengetahuan saya. Apa yang paling saya terkejut apabila jiran saya terjumpa beliau di kompleks beli belah bersama sekumpulan lelaki dan berkelakuan tidak senonoh. Saya sungguh malu dan terkilan apabila diri terasa saya gagal mengawal anak saya. Paling merisaukan apabila dia mula bergaul dengan budak-budak muda lepasan sekolah dan merempit. Saya faham dia semakin membesar tetapi punah hati saya melihat dia semakin liar. Dulu PMR dapat keputasan sangat baik, solat tak pernah tinggal, didik agama saya beri sempurna, makan pakai semua saya saya dengan elok. Kini tindak tanduk dia ke arah menjadi liar dan susah dikawal. Pernah sekali pakciknya hampir menempeleng dia kerana menjawab dan meninggikan suara terhadap saya.

Saya mengadu kepada jiran saya kerana saya sangat sedih melihat kelakuan anak saya sekarang. Jiran saya yang sudah lama menggunakan Air Anugerah untuk keluarganya menyarankan saya mencuba Minyak Anugerah untuk penerang hati dan anak degil. Pada mula saya suruh anak saya pakai, macam-macam alasan yang dia berikan. Jadi saya ambil keputusan menitikkan minyak ini di dalam kolah air mandi. Ketika seterika baju sekolah, saya calitkan sedikit pada tudungnya. Semasa dia tidur saya calitkan juga sedikit di ubun-ubunnya. Siang malam saya berdoa kepada Allah.

Alhamdulillah selepas seminggu lebih saya mula melihat kelainan dalam diri anak saya. Dia lebih banyak duduk di rumah, dia nampak lebih tenang dan yang paling saya gembira dia tidak lagi melawan cakap saya. Kini dia kembali bersolat semula. Malah sekarang dia sendiri yang menggunakan minyak ini sebelum ke sekolah tanpa disuruh. Saya memang percaya terdapat ayat-ayat Quran untuk lembutkan hati anak tetapi saya tidak pasti yang mana satu ayat harus saya jadikan amalan. Walau bagaimanapun saya menadah tangan syukur kepada Allah kerana mengembalikan anak saya seperti dulu dan terima kasih sangat kepada Minyak Anugerah ini.

Khatijah Abu Seman, 45 tahun, Bukit Mertajam, Penang.



Pendarahan berhenti dan suami kembali sayang…

“Baru setahun saya mendirikan rumahtangga dan masih belum mempunyai zuriat. Tetapi walaupun hanya masa yang singkat ini telah timbul konflik di dalam hubungan kelamin kami. Ianya bermula apabila saya terasa perit di bahagian abdomen dan berlaku pendarahan seperti haid setiap kali kami bersama. Keadaan ini membuatkan suami saya ‘fed-up’ dan hubungan kami ternyata terganggu. Sebagai isteri saya sangat risau sekiranya perkara ini membuatkan rumahtangga kami goyang.

Saya berkongsi masalah saya ini dengan rakan sepejabat dengan harapan mereka dapat membantu. Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan saya, rupa-rupanya salah seorang rakan sepejabat pernah mengalami masalah yang sama. Beliau mengamalkan penggunaan Minyak Anugerah untuk keharmonian rumahtangganya. Setelah dia menggunakan minyak ini masalah pendarahannya hilang secara tiba-tiba. Mengikuti nasihat beliau saya pun turut mencuba Minyak Anugerah ini.

Setiap hari saya sapu sedikit minyak ini di kedua-dua kening, cuping telinga dan dada sambil membaca Al-Fatihah dan selawat sebanyak tiga kali. Selepas 3 minggu mengamalkan minyak ini, saya dapati ada perubahan yang agak ketara. Pendarahan saya terhenti dan ianya bagaikan penyelamat rumahtangga kami. Suami saya menjadi lebih penyayang dan bila bersama suami. Syukur, Alhamdulillah, saya sentiasa berdoa agar dugaan ini dapat saya atasi dan sentiasa berusaha demi suami tercinta dan juga terima kasih kerana rakan saya memperkenalkan Minyak Anugerah ini!”

Pn Aqilah Diyana, 33 tahun, Semenyih.



Dulu saya disepak terajang, kini saya ditatang bagai minyak yang penuh...

"Suami saya merupakan seorang mualaf dan memeluk agama Islam sebelum kami berkahwin, 10 tahun yang lepas. Dulu kehidupan beliau agak sosial dan saya bertekad untuk mengubah dan membimbing beliau mengikut ajaran Islam. Selama ini kami sangat bahagia. Beliau merupakan suami yang penyayang, sentiasa mengambil berat tentang keluarga dan kami dikurniakan dengan dua orang cahayamata.

Rumahtangga kami mula bergolak kira-kira setahun lalu apabila beliau bergaul semula dengan rakan-rakan zaman mudanya. Dia kembali hidup bersosial dan lebih menyedihkan apabila beliau bertukar menjadi panas baran sehingga sanggup memukul saya. Saya seolah-olah dijadikan bola, disepak terajangnya tanpa belas kasihan. Anak-anak pun beliau tidak hiraukan. Habis kerja dia terus ke 'pub', katanya untuk berehat bersama kawan-kawannya. Banyak duit dia habiskan di luar hampir setiap malam. Bila kehabisan duit, dia akan memaksa saya memberikan duit saya kepadanya. Kalau saya gagal berikan duit, memang habis saya dikerjakan. Banyak barang kemas saya turut digadainya. Saya redha dengan ketentuan Tuhan, tapi saya terkilan kerana beliau kembali dengan perangai lamanya.

Memang saya malu untuk menceritakan masalah saya dengan orang lain, terutamanya pada ibu bapa saya kerana saya tak mahu mereka risau. Tapi saya tak mampu nak tanggung ini semua sendirian, jadi saya terpaksa meluahkan perasaan ini dengan rakan saya. Subhanallah, betul kata orang, kalau kita rasa kita ada masalah, ingatlah bahawa ada lagi orang yang bermasalah lebih daripada kita. Rupa-rupanya, rakan saya ini pun ada masalah rumahtangga sebelum ini, sehinggakan suami beliau mahu bercerai dan berkahwin dengan wanita yang lebih muda. Namun beliau dapat menyelamatkan rumahtangganya apabila mengetahui tentang Minyak Kasturi Anugerah untuk Keharmonian Rumahtangga. Dengan izin Tuhan, suaminya kembali ke pangkuan keluarga dan tidak lagi menjalinkan hubungan sulit. Apabila mengetahui tentang masalah yang saya hadapi, rakan saya terus memberikan saya Minyak Kasturi Anugerah ini, di samping menasihati saya supaya banyak berdoa kepada Allah.

Kerana inginkan suami saya yang ‘dulu’ dan rumahtangga kami kembali jernih, saya tak putus-putus menggunakan Minyak Kasturi Anugerah ini. Saya campurkan di dalam air kolah mandian, saya calit pada suami ketika dia tidur, saya calit pada bajunya dan saya turut menggunakannya sendiri. Saya lihat Minyak Anugerah ini turut mengandungi selawat Tafrijiyah yang baik untuk menimbulkan rasa kasih sayang. Jadi saya turut mengamalkan selawat ini setiap kali lepas solat. Selang 2 minggu menggunakan minyak ini, saya mula nampak perubahan sikap suami. Beliau sudah mula meluangkan masa dengan anak-anak terutama di sebelah malam dan percakapan beliau juga kembali lembut. Suami saya juga sudah tidak lagi keluar bersosial bersama kawan-kawannya. Apa yang membuatkan saya sungguh terharu bila beliau meminta maaf kepada saya atas perlakuannya selama ini. Itu yang membuatkan saya sangat-sangat tersentuh. Syukur terhadap Allah, dengan izin-Nya, suami saya kini telah kembali menjadi suami dan bapa yang penyayang. Ternyata dengan keredaan Allah, Minyak Anugerah ini telah memberikan nafas baru terhadap rumahtangga kami. Alhamdulillah…"

Hidayah Hassan, Johor Bharu, 38 tahun



Capai 8A setelah minda lebih mudah menerima pelajaran

“Saya seorang calon PMR 2011 di sebuah sekolah berasrama penuh dan saya akui dulu saya agak malas untuk mengulangkaji pelajaran. Ini kerana saya selalu kecewa dengan keputusan ujian yang saya perolehi. Seteruk mana pun saya belajar, keputusan saya mesti ‘down’. Pernah dulu saya terasa hendak berhenti sekolah. Saya tahu ibu sangat kecewa dengan prestasi saya jadi saya ambil langkah untuk berterus terang dengan ibu mengenai masalah pembelajaran yang saya hadapi.

Ibu meminta saya mengamalkan Minyak Kasturi Anugerah untuk kepintaran anak setelah disarankan oleh cikgu tuisyen. Ibu suruh saya sapu minyak ini di bahagian badan dengan berselawat sebanyak tiga kali dan membaca surah Al- Fatihah. Setiap hari saya akan amalkan minyak ini sebelum ke sekolah dan ketika mengulangkaji. Tidak sampai sebulan, saya terasa lebih tenang dan mudah memahami apa yang dipelajari. Saya juga lebih mudah mengingati apa yang dibaca. Semasa di dewan peperiksaaan tahun lepas saya terasa sangat tenang dan tidak langsung rasa berdebar macam dulu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, berkat doa ibu dan juga amalan Minyak Anugerah untuk kepintaran anak, saya telah mendapat keputusan 8A dalam PMR tahun lepas. Saya terlalu gembira sehingga menitiskan air mata apabila melihat ibu sangat-sangat bersyukur. Sekarang ini di tingkatan empat, saya masih menjadikan minyak ini sebagai amalan harian. Keputusan ujian sentiasa baik dan Insya Allah SPM tahun depan mampu saya hadapi dengan baik. Terima kasih Anugerah!”

Mohd Ashiff Bin Razak, 16 tahun, Melaka

Testimoni Air Anugerah

Sihir nyah dari dalam badan dan kedai dengan Air Anugerah

"Hari pertama saya minum Air Anugerah telah memberi tindakbalas ke atas tubuh saya, menyebabkan saya demam selama tiga hari. Selama seminggu saya minum Air Anugerah lama kelamaan penyakit 'buatan orang' yang ditujukan kepada saya terus hilang. Malah perniagaan butik saya di Prima Saujana Kajang sekarang semakin maju. Sampai sekarang saya masih lagi mengamalkan minum Air Anugerah."
Puan Jumiah Suratman, 37, Kajang, Selangor

2 tahun batuk, imsomnia dan tekanan kini hilang

"Baru-baru ini saya terbaca tentang pengalaman pengguna Air Anugerah yang mengalami masalah yang sama. Saya terus mendapatkan Air Anugerah ini dan meminumnya setiap pagi dan sebelum tidur. Dengan izin Allah S.W.T., setelah seminggu, saya dapati masalah kesukaran untuk tidur malam semakin beransur kurang. Malah badan saya kembali cergas dan fikiran lapang dan ini membantu meningkatkan fokus saya terhadap pelajaran. Kini tidur saya semakin lena dan tenang. Sekarang saya masih menjadikan Air Anugerah sebagai amalan harian. Saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan Air Anugerah."
Wan Amaluddin, 21 tahun, Ipoh.

Anak saya sudah pulih dari demam selama dua minggu

"Baru-baru ini, anak saya jatuh sakit demam. Mula-mula saya ingat dia mengalami demam biasa, tapi demam panas ini berlarutan sehingga dua minggu. Suhu badannya terlalu tinggi, membuatkan saya amat risau. Minggu lepas ibu saya terbaca tentang Air Anugerah. Tanpa berlengah lagi, kami terus mencari Air Anugerah ini dan berikan kepada anak saya. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T., dalam masa sehari saja, demam panasnya mula beransur sembuh. Dia pun kelihatan semakin sihat dan ceria. Kami sekeluarga amat bersyukur kepada Tuhan dan juga terima kasih juga kepada Air Anugerah kerana telah membantu memulihkan demam anak saya."

Nurkamissyah Binti Norazan, Kajang