Sunday 1 December 2013

Testimoni Losyen Sejuta Khasiat Anugerah

- Losyen Sejuta Khasiat Anugerah


“Saya seperti mengandung 5 bulan”. Kini perut telah susut dan panas baran hilang...

Sejak 4 tahun yang lalu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa pedihnya saya menanggung derita saya ini. Perut saya membuncit dan kian membesar dari hari ke hari, seperti wanita yang mengandung. Tidak tahu apa puncanya ia terjadi sedemikian kerana saya amat mementingkan pemakanan yang sihat. Disebabkan perut saya yang semakin membuncit ini, aktiviti harian saya terbatas. Mana taknya, dada saya pasti terasa semput dan cepat letih apabila melakukan kerja-kerja berat. Memang tidak ada tenaga langsung.

Melihatkan keyakinan saya yang makin lama hilang disebabkan keadaan fizikal saya ini, rakan saya telah memberikan saya Losyen Sejuta Khasiat Anugerah dan Air Anugerah setelah terbaca mengenainya di akhbar. Produk ini telah banyak membantu orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk mencuba, takut kalau ia tidak berkesan dan mengecewakan lagi. Saya seakan fobia kerana telah banyak wang ringgit yang saya belanjakan untuk mengatasi masalah perut buncit saya ini. Apa yang membuatkan saya yakin untuk mencuba losyen ini ialah kerana saya dapati losyen ini telah dibacakan dengan 30 juzuk Al- Quran beserta doa-doa pilihan. Saya sapukan losyen ini setiap hari pada bahagian perut serta pada bahagian yang bermasalah. Di samping itu, saya mengamalkan meminum Air Anugerah serta mencampurkannya ke dalam air mandian. Setelah beberapa hari mengamalkan Losyen Sejuta Khasiat ini, saya dapat rasakan losyen ini bukan seperti losyen biasa. Saya makin cepat berpeluh dan kerap ke tandas.

MasyaAllah, segala-galanya telah menampakkan hasil yang sangat baik setelah menggunakan produk ini kurang dari 4 bulan. Badan saya berasa lebih ringan dan saya sangat gembira dengan perubahan yang terbaru ini. Lihatlah perbezaan saya sebelum dan selepas menggunakan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah. Perbezaannya memang ketara. Berat badan semakin susut dan tiada lagi perut buncit. Kini, saya berasa lebih sihat, lebih aktif dan mudah untuk melakukan kerja harian. Yang paling menggembirakan saya adalah, sebelum ini saya seorang yang agak panas baran, tetapi setelah mengamalkan Air Anugerah setiap hari, saya dapati saya berasa lebih tenang dan tidak lagi marah-marah. Segala-galanya telah menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Saya syorkan kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah yang sama seperti saya untuk merasakan sendiri mukjizat al- Quran yang terdapat dalam Losyen Sejuta Khasiat Anugerah, InsyaAllah. Terima Kasih Anugerah!

Azimin bin Haji Ahmad Zini 40 tahun, Kamunting, Perak

Tiada lagi masalah keputihan dan perut buncit...

Sebelum ini, saya menderita kerana mengalami keputihan yang sangat teruk, dan masalah tersebut semakin berpanjangan walaupun sudah pelbagai produk yang saya cuba. Tambahan pula saya mempunyai alahan kepada produk pembersih wanita yang mempunyai wangian, makin rasa gatal dibuatnya. Alhamdulillah, setelah dua minggu saja mengunakan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah ini, keputihan yang saya alami semakin berkurangan. Tiada lagi gatal-gatal yang saya tanggung selama ini. Bukan itu saja, sejak mengamalkan losyen ini juga, perut saya yang agak menggeleber juga semakin kempis dan tiada lagi masalah angin. Rasa panas losyen ini pun memang melegakan. Terima kasih Losyen Anugerah!

Suhailah bt Jamalus, 40 tahun, Semenyih

Berat badan turun, sakit kepala berkurangan....

Saya mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, sakit kepala dan sakit leher. Sebagai seorang jururawat, saya sangat sibuk dengan tugasan harian dan tidak sempat untuk bersenam. Setakat ini, saya pernah mencuba produk-produk minuman untuk menguruskan badan tetapi masih tiada perubahan. Kadang-kadang saya rasa ‘down’ sangat kerana memang sukar untuk mencari saiz pakaian saya. Sehinggalah dua bulan yang lepas, rakan sekerja di hospital, bercerita tentang Losyen Anugerah Sejuta Khasiat haruman Apple Garden yang beliau gunakan sejak lepas bersalin untuk mengurangkan angin dalam badan dan mengempiskan perut. Beliau begitu asyik bercerita tentang losyen yang didoakan dengan ayat-ayat al-Quran ini telah membuat saya tertarik untuk mencuba.

Setelah dua bulan saya mengamalkan losyen ini,  saya dapati ada perubahan yang baik terutamanya pada bahagian perut saya. Setiap hari sebelum ke kerja dan sebelum tidur, saya akan sapukan losyen ini pada bahagian yang bermasalah  seperti perut, peha, lengan dan belakang leher beserta dengan selawat. Saya gemar menggunakannya setiap hari sebab baunya sangat wangi dan tak payah saya menggunakan 'perfume'. 

Alhamdulillah, saya amat gembira dengan hasil Losyen Sejuta Khasiat Anugerah kerana ianya telah membantu dalam menyelesaikan masalah hormon, angin dalam badan serta berjaya mengurangkan berat badan. Malah sakit kepala dan sakit leher saya juga beransur hilang. Kini rakan-rakan memuji kerana saya kelihatan semakin ramping dan saya rasa lebih cergas. Alhamdulillah, terima kasih Anugerah dan syukur  pada-Mu, Allah S.W.T.

Miza, 28 tahun
Perai, Pulau Pinang
 

Kalau tak kerana Losyen Anugerah, rumahtangga saya mungkin hancur…

Rupa-rupanya dalam zaman serba moden ini semakin ramai mengamalkan ilmu hitam sebagai jalan pintas untuk mencapai hajat hati mereka. Saya tidak sedar yang sebelum ini saya terkena buatan orang. Dalam tempoh 8 bulan lalu, saya dan suami sentiasa bertengkar. Malah keadaan dalam rumah sentiasa ‘panas’. Saya bukanlah seorang yang panas baran tetapi apa sahaja yang suami lakukan pasti ada yang tak kena. Kadang-kadang kerana benda yang kecil pun boleh bergaduh sehingga tak bertegur sapa. Nak tengok muka dia pun saya dah tak ‘lalu’, tak tau apa sebabnya.

Melihat keadaan semakin teruk, adik saya membawa pulang Air Anugerah dengan harapan ia dapat ‘menyejukkan’ hati saya. Di samping itu juga, beliau memberikan Losyen Sejuta Khasiat untuk saya cuba. Katanya ianya bagus untuk buang angin-angin dalam badan dan masalah dalaman wanita. Entah kenapa saya rasa macam terpanggil-panggil untuk mencuba losyen ini. Dengan kuasa Allah, bila saya buka dan hidu sahaja losyen ini, tiba-tiba saja saya rasa sebak dan bila saya pandang ke arah suami, saya terus menangis beriya-iya di hadapannya. Situasi tersebut memang pelik, tak dapat saya nak gambarkan perasaan saya pada masa itu. Tak pernah saya rasa sedih sebegitu dan terus memohon kemaafan suami di atas segala kesalahan yang telah saya lakukan.

Beberapa hari kemudian, saya dan suami mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam. Menurut ustaz yang membantu mengubati saya, ada orang terdekat yang telah menghantar ‘sihir’ ke rumah dengan tujuan untuk memisahkan saya dan suami. Sebab itulah saya dan suami terasa ‘jauh’ sebelum ini. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah SWT, kini rumahtangga kami semakin tenang. Tetapi kini saya sekeluarga mengamalkan Air Anugerah untuk perlindungan dalaman dan losyen Anugerah yang wangi ini untuk perlindungan luaran. Saya kini berasa lebih selamat kerana kami sekeluarga membaluti diri dengan kekuasaan ayat-ayat Al-Quran. Insya Allah.

Pn Mazlinda, 39 tahun, Taman Inderawasih, Butterworth.
 

Dulu di sangka hamil, kini badan semakin langsing menawan....

Rata-rata saya pergi orang pasti akan bertanya sama ada saya mengandung atau tidak. Memang saya akui saya mempunyai ramai anak, iaitu 6 orang dan usia saya belum pun menjangkau 40 tahun. Anak saya yang paling kecil sudah pun berusia 18 bulan, tetapi mungkin disebabkan perut saya yang masih buncit ini menyebabkan kenalan menyangka saya hamil lagi. Perempuan mana yang tak malu jika sentiasa diajukan soalan yang sama.

Kadang kala saya berasa rendah diri dan malu jika berada di kalangan wanita yang kurus dan cantik. Bila tengok keadaan saya ini, memang saya tak salahkan orang kalau menganggap saya hamil. Selepas melahirkan anak saya yang bongsu ini, perut saya mengeleber dan buncit, kesan rekahan selepas bersalin serta selulit tidak juga hilang walaupun sudah mencuba pelbagai jenis produk. Saya akui disebabkan tidak mempunyai fizikal yang menarik, saya sentiasa berasa tersisih dan berfikiran negatif apabila berdepan dengan orang ramai.

Sehinggalah bulan lepas saya terbaca tentang Losyen Sejuta Khasiat Anugerah yang diharapkan boleh membantu saya menangani masalah yang saya hadapi. Memang betul, saya mula menyedari perubahan ke atas perut saya setelah memakainya selama seminggu. Perut saya yang dulunya buncit dan berlemak kini semakin kempis, dan garis-garis coklat hitam yang terdapat di perut dan pinggang saya semakin pudar.

Bukan itu sahaja, pinggang saya juga semakin ramping dan yang lebih menyeronokkan lagi saya sudah boleh memakai baju kebaya saya yang dibuat 3 tahun lepas! Setiap hari saya memang teruja untuk memakai losyen ini kerananya tahap kepanasannya yang enak dan teskturnya pun tidak melekit. Bau losyen ini pun seakan bau minyak wangi dan tahan lama. Bayangkan walaupun sudah seharian berada di pejabat, bau losyen ini tetap ada sehingga saya pulang ke rumah pada sebelah petang.

Saya tak sangka dapat bertemu dengan Losyen Sejuta Khasia Anugerah ini kerana secara tak langsung telah mengembalikan keyakinan saya. Kini orang ramai bukan bertanya sama ada saya mengandung atau tidak, tetapi tentang rahsia atau petua saya mengekalkan bentuk badan saya walaupun sudah beranak 6!

Rasyidah Munir, 38 tahun, Rawang

No comments :

Post a Comment