Sunday 1 December 2013

Testimoni Gamat King Anugerah

Bisa pada lutut hilang, boleh tunaikan solat dengan sempurna...…

Kira-kira 4 bulan yang lalu saya telah mengalami kemalangan yang menyebabkan kedua-dua kaki saya cedera parah terutamanya pada bahagian lutut. Menurut doktor, tisu lutut saya terkoyak dan terpaksa menjalani fisioterapi selama dua bulan. Setelah selesai menjalani sesi fisioterapi, saya masih mengalami kesukaran untuk berjalan dan terpaksa berjengkit-jengkit. Kedua-dua kaki saya tak dapat dilipat. Masya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya rasa bisa pada kedua-dua lutut saya ini. Saya terpaksa bersolat secara duduk dan tak dapat berjalan selama sebulan.

Suami ada membawa saya pergi berurut namun kesannya hanya dapat bertahan untuk sementara waktu sahaja. Namun kami masih gigih berikhtiar untuk mencari penawar bisa bagi kedua-dua kaki saya ini. Baru-baru ini suami saya terbaca paparan pengalaman pengguna mengenai Gamat King Anugerah di surat khabar dan terus mendapatkannya. Saya mengambil Gamat King Anugerah ini mengikut sukatan yang ditetapkan. Di samping itu juga, saya menggunakan Minyak Sejuta Rahsia untuk mengurut kedua-dua kaki saya. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan selepas seminggu mengamalkan Gamat King Anugerah, saya terasa perubahan yang baik. Bisa-bisa kaki telah hilang dan pergerakan saya terasa ringan. Walaupun tidak dapat berjalan dengan tegak namun saya tidak lagi merintih kesakitan. Kini selepas sebulan, saya dapat berjalan seperti biasa dan tunaikan solat dengan sempurna. Saya yakin bahawa setiap sakit pasti ada penawarnya, syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada Anugerah.

Fazilah Binti Ismail 41 tahun, Pasir Gudang, Johor

Ibu Mengandung Rasa Loya... Kini Kembali Bertenaga dengan Gamat…

“Ini merupakan pertama kali saya mengandung. Masalah saya ketika ini ialah rasa loya, mual yang agak teruk, sering sakit kepala dan badan sentiasa terasa lesu. Selain itu, saya turut hilang selera makan dan risau sekiranya ia mengganggu pertumbuhan bayi di dalam kandungan saya ini. Baru-baru ini saya terbaca iklan tentang produk Anugerah ini yang didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doa pilihan. Hati saya tergerak untuk mencuba minuman kesihatan Gamat King kerana ianya baik untuk ibu-ibu mengandung. Setelah seminggu mencuba Gamat King ini saya terasa perubahan yang agak ketara. Mual dan muntah semakin berkurangan dan yang paling penting saya tidak lagi terasa letih dan lesu. Saya sudah mampu bergerak lincah seperti biasa dan kembali menguruskan hal rumahtangga. Alhamdulillah, saya akan terus menggunakan Gamat King ini. Saya juga berdoa agar anak di dalam kandungan saya ini membesar dengan mukjizat Al-Quran. InsyaAllah dan terima kasih kepada Anugerah.
Azrina Mohd Salim, 31 tahun, Ipoh, Perak.

Tangan seakan lumpuh, kini boleh bergerak...

Saya terlibat dengan sebuah kemalangan ngeri pada dua tahun lepas. Semenjak itu, tangan kanan saya dari paras bahu hingga ke jari-jemari tidak dapat digerakkan. Bila hujan pula, seluruh tangan saya terasa ngilu dan bisa. Saya cuba dapatkan rawatan Islam dan menurut ustaz, saya telah 'disampuk' benda halus ketika pergi mengurut di kawasan kampung. Tetapi saya dan suami kurang percaya kepada benda-benda mengarut sebegini jadi saya hanya amalkan ubat dari doktor serta melakukan fisioterapi sekali seminggu.

Oleh kerana tak tahan lagi menanggung sakit dan ngilu, saya meminta bantuan rakan untuk mencari produk tradisional. Rakan pengedar saya mengesyorkan agar mencuba Gamat King kerana anak saudaranya turut menggunakan minyak kesihatan ini untuk membantu menyembuhkan luka selepas kemalangan. Saya berasa yakin untuk mencuba Gamat King ini kerana ianya ditenagakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doapenawar. MasyaAllah, saya berasa terkejut apabila merasakan perubahan yang amat baik setelah sebulan mengamalkan Gamat King ini.

Kini, saya sudah dapat menggenggam jari-jemari dan mampu memegang objek. Hanya Allah SWT yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya saya dengan perubahan ini. Bukan setakat itu sahaja, saya dapat rasakan badan lebih bertenaga dan tidak lagi lesu seperti dulu. Malah kulit juga menjadi semakin halus dan licin. Saya ingin mengesyorkan kepada sesiapa yang mengalami masalah kesihatan untuk mencuba Gamat King kerana ia memang mujarab.Tanpa Gamat King Anugerah, mungkin tangan saya tidak dapat di gerakkan seumur hidup!

Puan Rahima Mohd, 40 tahun, Sik,Kedah

No comments :

Post a Comment